13 February 2015

Sedih.

Siapa la suka kalau orang yang pernah jadi teman hidup dia, tidak langsung dihiraukannya. Sedih. Itu tentulah salah satunya. Saya tak akan sebut namanya ataupun bercakap tentang seseorang itu sahaja. Saya membuat kesemuanya dicampurkan ke dalam satu. Kalau tak faham tak apa :)

Pernah janji, takkan simpan satupun rahsia. Tapi saya tahu, tentu aja disorokkannya dari pengetahuanku. Tentang apa, tidak pernah ku teka, mungkin benar mungkin tidak apa yang diteka oleh ku. Jujur, oleh kerana aku ini sering ditipu oleh kawan ku sendiri, tentang untuk memaafkannya tidak pernah aku tidak lakukannya. Kerana, aku ingat pesan ustazah ku ketika aku baru di sekolahkan di salah sebuah sekolah agama, pesannya, "sebelum tidur, kita hendaklah memaafkan kesemuaa orang yang secara langsung ataupun tak berbuat salah kepada kamu", aku tidak kata aku ini seorang yang baik, tidak. Dan tidak sekali kali aku ingin katakan ia kerana solat saja aku pernah tinggal. Aku bukan orang baik baik. Pernah bukan kita percayakan seseorang itu tapi akhirnya kita rupanya ditipu dengan kata dan janji manisnya. Sakit. Pedih. Serik. Tapi akhirnya kita tetap lakukan perkara itu sehingga berulang berkali kali. (bosan ke guna ayat macam ni?) xD 

Okay la, back to normal. But, nak sambung. Is that okay ? hehe. Sekali kita percaya orang tu, memang kita percaya apa yang dia cakap. But once kita dapat tahu dia tipu kita, nak tanya laa, korang akan percaya dia balik ke ? ohh. ada yang cakap tak. Ada yang cakap mungkin. Bagi cuyya, I'll trust them back tapi after dia prove dekat kita something yang dia tak tipu so that i can trust them, tapi dengan lebih berhati-hati so that tak kena tipu lagi. 

Jealous. Cemburu. ala sama je maksud dia. Hahaha aip, Cuyya tauuu. Okay laa, cemburu ni ada banyak jenis.1st, cemburu sebab dia ni pandai sangat. Tapi tengok tak study pun. ish. 2nd, cemburu dari segi fizikal. Hahaaa ye la mungkin orang ni cantik/handsome. Tinggi. Ramai peminat tapi korang pun ada "peminat" hehe. 3rd, cemburu sebab layan dengan orang lain. or dah rapat dengan orang lain. Mostly in a few relationship ah ni. Duk selalu gaduhh pasai jealous gf/bf layan orang lain. Okay la, kalau cuyya sendiri laa kan, honestly cuyya jealous juga. Tapi, Cuyya bukan jenis yang kalau jealous cuyya tunjuk or tanya siapa tu siapa ni. No No. Cuyya diam. Okay, tu pertama. Kedua, Cuyya punya mood jadi cam terus down to the floor and tak nak bangun bangun. Ketiga, Cuyya akan perli. And actually ada banyak ahh. Tapi selalunya laa, yang kedua tuu, tahu tahu dah kata nak tidur. Hehe. Well, jealous saya tu sampai ish teruk juga la. Tak terkata dan tak reti nak tunjuk jealous tu. hm. Bukan in relationship je but friendship pun ada juga.  Ala hangpa pun mesti pernah kannnn. Bestfriend hangpa tetiba tak layan hang then layan kawan lain siap gelak gelak tinggalkan hang sensorang. Takpaa, sabar je eh. Jangan peduli, kalau boleh ;)


Berubah. Yes, ni la part paling sedih and kalau boleh tak nak pun terjadi kann. Selalunya this thing happen bila orang tu jumpa kawan lain, orang lain, hidup dia yang dah lain and macam macam la. Mungkin juga dah bosan dengan kita. Kita mana tahu semua tu. Like me, Cuyya dapat rasa perbezaan kawan kawan cuyya. Sebab, Cuyya ni sebenarnya jenis yang suka memerhati. So, memang Cuyya tahu kalau anything happen even orang tu tak bagitau. Tapi percaya la, lambat laun kita sendiri tahu. (because benda ni jadi in my relationship, tak tanya pun anything but at last, i already know the thing that cuyya teka memang jadi. Sorry i wont tell anyone hehe) 

Cuyya buat entry ni sebab diri Cuyya ni tengah sedih. Tapi tu la, sedih ni selalunya tak share dengan sesiapa pun. Yang orang selalu nampak, I'm very happy go lucky and never be serious. And, youre so wrong my dear. Cuyya baru baru ni, tanya la Ummi "Cuyya ni tak pernah serious ke? ada orang kata" ummi jawab "pernah je, time Cuyya marah. ha masa tu nampak la muka singa Cuyya tu. Takut juga. And time cuyya buat kerja." So please, jangan la kata cuyya tak pernah serious. I do. Tapi buat apa, kang stress je all the time, tak ada orang pun nak suka. Tapi saya ni bosan memang la orang tak nak kawan kan. huhu