08 March 2015

Result spm, I'm so sorry




Hi ! So how's life ? Better than yesterday huh ? hahaha
Lama sangat dah tak update blog ni kan ? Bukan apa, Cuyya lepas SPM duduk rumah je kan. Jadi nak share story pun tak syok sebab tak banyak cerita. Kalau dulu sekolah banyak la ceritanya. Tiap-tiap hari adaaaa je benda baru hihi, dulu laaa. Sekarang tunggu laa tak lama lagi ni kita ke peringkat seterusnya ! Tak tahu la dah ready ke tidak ye ?

Nak masuk U mana tu, Cuyya tak berapa kisah sangat. Even course apa pun still terfikir nak pilih mana ye nanti. Apa yang penting, nak further studies and prove to people yang selalu pandang rendah dekat cheq yang agak "slow" ni pun boleh berjaya. Slow ? hahaha takpa, saya kenal diri saya ihiks :p

Ohhh, berbalik pada tajuk. Haaaa mesti ada yang tertanya ek Cuyya dapat berapa lepas baca tajuk tu. Okay laa, result Cuyya Alhamdulillah, lulus. 3B+(Agama, Math, Science) 3B(Bm, Eng, Sejarah) 1C+(Akaun) 1D(Ekonomi) 1E(Addmath)

Walaupun lulus, tapi Cuyya still rasa bersalahh sangat dekat ibu ayah. Rasa bersalah tu bukan sebab apa, diaorang bertungkus lumus nak cari jalan bagi Cuyya berjaya. Tapi Cuyya tak dapat nak bagi diaorang yang terbaik. Masa lepas dapat result tu, cikgu kata tahniah sebab dia kata okayy. Bila nak call ibu nak bagitahu result, rasa bersalah dalam diri ni tak dapat kawal. Dengar suara ibu "ha sufia, dapat berapa?" terus sebak. Bagi Ummi yang cakapkan. Then ibu kata "takpa la sufia, okay la tuu. Dah jangan nangis laa. Tak teruk punn" fuhhh. 

Walaupun ibu kata tak teruk, tapi Cuyya tahu dia harapkan lebih. At least satu A tapi nak buat macam manaaaaaa hahaha. Ramai jugaa tanya berapa, malu sangat bila orang tanya "berapa A". Kalau tanya "dapat berapa" better rasanya hihi

Ohh haa, Ummi Sabrina my kakak tu. Dia dapat 7A's. She deserved yknow ! hahaha. Masuk matrik nanti jangan lupa terus dekat cheq eh ?

Belajar sama sama, bincang sama sama, tapi result lain. Don't expect me dapat lebih hoho sebab saya sendiri tak target nak dapat A pun. hahaha sebab saya tahu mana tahap saya hm

Ibu ada bagitahu, kawan baik ibu (Aunty Nora) memang kenal dari kecil lagi. Anak dia memang pandai laa. Haish jealous! Since upsr lagi straight A's. So spm pun straight A's la kann. Ibu bagitahu result Cuyya kat Aunty Nora ni, then apa dia kata "Siti (ibu cuyya), dari apa yang aku tahu, yang kau cerita, Sufia tu dari kecil lagi dia memang slow. Dapat baca lancar pun darjah dua tiga, kira okay tauu result dia tuu. 6B woiii ! Hang kena terima. Dia hadapi macam macam sampai dapat result macam tu, bagi aku okay sangat sangat tau weii!" masa ibu cerita tu, hanya Allah je la tahuu macam mana rasanya orang memahami keadaan kita. Sebak hahahahahaha

Tapi apa apa pun, benda dah pun lepas. So focus on the next 'trip' hihi. Don't give up for those yang dapat lebih kurang je macam Cuyya. Sama sama kita berjaya yee. Ihiks








13 February 2015

Sedih.

Siapa la suka kalau orang yang pernah jadi teman hidup dia, tidak langsung dihiraukannya. Sedih. Itu tentulah salah satunya. Saya tak akan sebut namanya ataupun bercakap tentang seseorang itu sahaja. Saya membuat kesemuanya dicampurkan ke dalam satu. Kalau tak faham tak apa :)

Pernah janji, takkan simpan satupun rahsia. Tapi saya tahu, tentu aja disorokkannya dari pengetahuanku. Tentang apa, tidak pernah ku teka, mungkin benar mungkin tidak apa yang diteka oleh ku. Jujur, oleh kerana aku ini sering ditipu oleh kawan ku sendiri, tentang untuk memaafkannya tidak pernah aku tidak lakukannya. Kerana, aku ingat pesan ustazah ku ketika aku baru di sekolahkan di salah sebuah sekolah agama, pesannya, "sebelum tidur, kita hendaklah memaafkan kesemuaa orang yang secara langsung ataupun tak berbuat salah kepada kamu", aku tidak kata aku ini seorang yang baik, tidak. Dan tidak sekali kali aku ingin katakan ia kerana solat saja aku pernah tinggal. Aku bukan orang baik baik. Pernah bukan kita percayakan seseorang itu tapi akhirnya kita rupanya ditipu dengan kata dan janji manisnya. Sakit. Pedih. Serik. Tapi akhirnya kita tetap lakukan perkara itu sehingga berulang berkali kali. (bosan ke guna ayat macam ni?) xD 

Okay la, back to normal. But, nak sambung. Is that okay ? hehe. Sekali kita percaya orang tu, memang kita percaya apa yang dia cakap. But once kita dapat tahu dia tipu kita, nak tanya laa, korang akan percaya dia balik ke ? ohh. ada yang cakap tak. Ada yang cakap mungkin. Bagi cuyya, I'll trust them back tapi after dia prove dekat kita something yang dia tak tipu so that i can trust them, tapi dengan lebih berhati-hati so that tak kena tipu lagi. 

Jealous. Cemburu. ala sama je maksud dia. Hahaha aip, Cuyya tauuu. Okay laa, cemburu ni ada banyak jenis.1st, cemburu sebab dia ni pandai sangat. Tapi tengok tak study pun. ish. 2nd, cemburu dari segi fizikal. Hahaaa ye la mungkin orang ni cantik/handsome. Tinggi. Ramai peminat tapi korang pun ada "peminat" hehe. 3rd, cemburu sebab layan dengan orang lain. or dah rapat dengan orang lain. Mostly in a few relationship ah ni. Duk selalu gaduhh pasai jealous gf/bf layan orang lain. Okay la, kalau cuyya sendiri laa kan, honestly cuyya jealous juga. Tapi, Cuyya bukan jenis yang kalau jealous cuyya tunjuk or tanya siapa tu siapa ni. No No. Cuyya diam. Okay, tu pertama. Kedua, Cuyya punya mood jadi cam terus down to the floor and tak nak bangun bangun. Ketiga, Cuyya akan perli. And actually ada banyak ahh. Tapi selalunya laa, yang kedua tuu, tahu tahu dah kata nak tidur. Hehe. Well, jealous saya tu sampai ish teruk juga la. Tak terkata dan tak reti nak tunjuk jealous tu. hm. Bukan in relationship je but friendship pun ada juga.  Ala hangpa pun mesti pernah kannnn. Bestfriend hangpa tetiba tak layan hang then layan kawan lain siap gelak gelak tinggalkan hang sensorang. Takpaa, sabar je eh. Jangan peduli, kalau boleh ;)


Berubah. Yes, ni la part paling sedih and kalau boleh tak nak pun terjadi kann. Selalunya this thing happen bila orang tu jumpa kawan lain, orang lain, hidup dia yang dah lain and macam macam la. Mungkin juga dah bosan dengan kita. Kita mana tahu semua tu. Like me, Cuyya dapat rasa perbezaan kawan kawan cuyya. Sebab, Cuyya ni sebenarnya jenis yang suka memerhati. So, memang Cuyya tahu kalau anything happen even orang tu tak bagitau. Tapi percaya la, lambat laun kita sendiri tahu. (because benda ni jadi in my relationship, tak tanya pun anything but at last, i already know the thing that cuyya teka memang jadi. Sorry i wont tell anyone hehe) 

Cuyya buat entry ni sebab diri Cuyya ni tengah sedih. Tapi tu la, sedih ni selalunya tak share dengan sesiapa pun. Yang orang selalu nampak, I'm very happy go lucky and never be serious. And, youre so wrong my dear. Cuyya baru baru ni, tanya la Ummi "Cuyya ni tak pernah serious ke? ada orang kata" ummi jawab "pernah je, time Cuyya marah. ha masa tu nampak la muka singa Cuyya tu. Takut juga. And time cuyya buat kerja." So please, jangan la kata cuyya tak pernah serious. I do. Tapi buat apa, kang stress je all the time, tak ada orang pun nak suka. Tapi saya ni bosan memang la orang tak nak kawan kan. huhu






28 January 2015

My First Try, Alone

Okay, apa laa yang cuyya try sendiri tu kan ? Tak terfikir ke ? Kann Cuyya belajar masak dengan Mommy, mak cik sedara sayaa hihi. Kalau kita belajar dengan tengok je tapi tak pernah cuba kita takkan tahu yang kita ni boleh buat ataupun tidak. Ye bukan ? So Cuyya decide nak buat sendiri laa kannn. Takut juga la if tak jadi xD

Malam before esoknya, ayah bawa pergi cari bahan untuk asam pedas. Kecoh juga laa, "ayahh! bawang yah" "halia yahh" "ni apa ni ? nak beli ikan yang mana?" macam macam soalan. Kelakar pun ada kalau ingat balik. Dah beli semua bahan tu, so yea I'm ready for the next day. Yayerz!

Ayah dengan Fina, pergi sekolah. Sepatutnya la, tapi Fina masa tu tak pergi sekolah so dia tolong ambil bahan. Tolong tengok. hahaha tolong rasa, nak tambah apa lagi semua tu laa. Patutnya kena blend bawang putih, bawang merah, halia, cili. Tapi ni rumah baru, so tak ada lagi. Guna lesung batu je lerrr, tumbuk haaa. Nak lepaskan geram pun bolehh tauu. Hahaha. Yang Cuyya boleh kata, agak kelam kabut juga laa sebab cikgunya *mommy* tak ada. Kalau tak kan selalunya dia guide haa, after this and this. Hahahaha. 

Alhamdulillah, walaupun kelam kabut macam tengah marathon sambil berperang dekat dapur, Asam Pedas jadi juga haaa ! Serious la, rasa macam nak melompattt sebab jadi. Okay, bukan la nak puji diri sendiri, tapi itulah yang Cuyya rasa :3 

First time Cuyya try masakan macam ni. Selalunya western jee hahahah. Tu pun kena try lagi dan lagi nak make sure sedap la kann hihi. So, after this nak try masak lauk lain pulaa wow ! Wait for yaa muahh




15 January 2015

Busy? Busy

Haaa lepas SPM ni semua dengan haluan masing-masing. Nak jumpa pun sekarang ni susahhhhh je haih. Rindu ? Eh mestilahhh tauu. Hm. 

Cuyya kalau boleh la en, nak jumpa kawan convent, kawan time form 3 dulu yang dah lama tak jumpa, kawan time dekat math catch spm dulu, even 4 hari kenal macam dah rapat je dengan semua. Cuyya tahu, kalau jumpa ramai ramai ni, aha kalau Cuyya, yes Cuyya suka dengar orang bercerita dari Cuyya yang bercerita. Mungkin sebab kalau Cuyya bercerita selalunya orang akan tak faham ataupun kena ignore je hihi. 

Tapi seorang ni laa yang akan dengar cerita Cuyya even Cuyya kata "em macam mana eh tapi macam tu la ceritanya" kerut dahi dia nak faham tapi yea dia je antara yang sudi dengar ha. Siapa lagi kalau bukan Ummi kakak Cuyya ! hahahaha kakak tapi adik lagi besau. Maksu Cuyya pernah kata muka kitaorang berdua sama, tapi tak punn. Lain benor eyy. Haa lama dah tak jumpa dia ni, last jumpa last day spm, 27hb November 2014. Lama sangat dah niiii. Ummi kalau dia bercerita, excited dia lain macam tau. Rasa macam dia tengah buat cerita pun ada juga sebab lain dari yang lain and rasa macam tengah tengok tv pun ada hahaha. Mulut dia pokpek pokpek tak letih letih bercerita. Lepas satu, satu. Bayangkan eh, baru harini jumpa. Esok jumpa lagi, ada cerita lagi. Esoknya jumpa, ada lagi. Bestnya lahai ada je cerita. Cuyya ? Nak cerita apa je kalau duk whatsapp dengan orang tu je. Jarang la ada cerita best, kadang kadang je ada. Tapi orangnya sama je. Kalau ummi ni, dari Q ke T, then A ke E haa macam macam ahh. 

Ingat lagi masa form 4, sanggup pergi scm then balik tu tidur rumah dia sebab nak story mory katanya. Then tolong ummi buat folio akaun. Hahaha rumah dia ni dah macam rumah ke 4 dah haa. hahahahah. Ibu Ummi ibu kedua saya. haa bayangkan la. Tapi tak pula la panggil ibu dia "ibu" hahahaha, malu la ihiks. Nanti kalau ada waktu yang lapang nanti, nak pi rumah dia ni ha. Gelak gelak satu malam, gaduh pun ada juga. hahaha. Then ! kalau lalu depan burger king, tempat kami siapkan folio addmaths, and accounts dulu. Balik ketam (kelas tambahan) je jalan kaki dari sekolah ke burger king. Adalah dalam 45minit. Okay, masa tu serious boleh kurus tapi.. nak kurus apa kalau dah sampai sana terus makan burger ha hahahah. Rumah Cuyya dekat je dengan Burger King tu, so setiap kali lalu depan tu, ingat la sayang Cuyya sorang tu. rindu kau la mi cikkk !! nanti kita jumpa awak kena story semuaaaaaaaanya tau. Saya tunggu lama dah ni. hehe. psst be strong enough. I'll hug you later okay babe? xoxo

Besides Ummi, Aini Farah and Haliza ! Ni pun Cuyya nak sangat jumpa. Sorry sangat kalau Cuyya macam tak tegur hangpa sejak dah pindah ni. Ming selalu je tauu tengok instagram hangpa. hmm me, baby bear missing you guys tauuu. Ningg, Lizzie, Faruxx! Let's meet when you guys have a free time. Ha semua kerja, Cuyya je ha terperukk dalam rumah. Lesen pun belum ambil lagi. Hahahah

Actually ramai lagi Cuyya nak jumpa tauu, tapi tu laa nak jumpa tapi masing masing ada hal kann. Susah sikit. InsyaAllah, nanti kita jumpa tau my sayangs. Lavh you guys. muah






07 January 2015

Belajar Memasak

Hey ! Sementara tunggu result SPM keluar ni, Cuyya sendiri yang nak belajar memasak dengan ibu sedara Cuyya yang Cuyya panggil dia, Mummy. Mummy ni pandai menjahit juga tauu. Tudung dia memang dia jual tapi itu Cuyya cerita lain kali sebab Cuyya pun ada la juga berangan nak buat instashop, nama butik makcik makcik sedara Cuyya ni. Tapi itu semua akan datang ye yee. 

So, baru 3 hari Cuyya belajar memasak ni. Fina pun join sekali la kann kalau dah kakak dia pun belajar. 

Hari pertama, Daging masak gulai. Wahhh baca pun dah sedap kan ? hahaha, Cuyya memang tak tahu macam mana nak potong nipis nipis daging tu. Mummy kata tengok urat daging tu, kena potong bertentangan dengan urat. Baru senang nak potong daging tu. So yea, baru ku tahuuu begitu. Mummy kata juga kalau nak masak daging always kena ada halia. Okay, jangan tanya saya kenapa, Cuyya pun tak tahu kenapaa. Selain itu, Mummy suruh Cuyya masak sayur goreng. Haaa sayur goreng senang je. Cuyya dah tahu yang ni sebab Cuyya tengok ayah Cuyya masak. Mummy kata, dia selalu buat salah. Mula tu pelik la apa yang salahnya, rupanya dia kata, first kan letak bawang putih and ingat kalau masak sayur tak perlu bawang merah pun takpa, make sure the garlic more. Baru sedap, katanya. Bawang putih tu juga kena sampai perang warnanya baru masukkan sayur. Perang tau ! Kalau tak, tak sedap sayur awak tu. Okay, lepastu letak la kacang panjang ke carrot ke apa apa sayur la kann. Eh lupa, sebelum tu boleh letak udang kering ataupun ikan bilis, okay ? Then baru letak sayur. Rasa rasa dah okay tu letak sos tiram je. Haaa ni favourite budak budak kecil la macam cousin Cuyya. hahahaha. Okay siap ! Tu je yang Cuyya belajar for day one.

Hari Kedua, Asam pedas. Haaa ni peberet Cuyya ! Cuyya yang minta Mummy ajar masak asam pedas. Katanya ni resepi opah. Asam pedas ni Cuyya share resepi dia eh sebab Cuyya salin yang ni je. Gulai tu Cuyya kureng sikit, so tak salin resepi kahkahkah. 

Daun limau purut
Daun kari
Halia
Bawang putih
Bawang merah
Cili kering
Belacan
Halba
Air asam jawa
Serbuk kari

Ni je la resepi dia, harap tak ada yang Cuyya terlepas pandang or tak tulis hahaha.
Blend halia, bawang putih, bawang merah, cili kering, belacan tu. Then tumis, letak halba, daun limau purut, daun kari. Kata Mummy, halba tu yang sedap bauu tu. Letak air, lepastu serbuk kari. Tapi kena bancuh dulu serbuk kari tu. Lasttt sekali letak air asam jawa. Rasa rasa dah okay, letak ikan. Cuyya tak ingat ikan apa haritu yang Mummy masak. Hahahah. Makan je tahu :p Then sayur tu MUST kann. Haa ni lain sikit la. Sayur kubis, and carrot. Bawang putih macam biasa, kena sampai keperangan warnanya tau. Then goreng mushroom yang dah potong dice. Then letakk sayur kubis and carrot tu. Tengok macam dah okay tu, letak kiub knor ayam. Haaa, tu je. Mummy kata kalau nak kuah sayur tu lebih and pekat, letak la air sikit and bancuh tepung jagung so that dia jadi pekat hihi *wink*
Petang tu, haa Mummy and auntie Jin ajar buat pavlova pulaa ! Senang sesangat rupanyaaa ! So yea, soon Cuyya nak buatkan untuk orang yang nak rasa tu ehh. InsyaAllah.

Hari ketiga, Daging masak kicap. Actually masa ni Cuyya tak sihat so Cuyya just tengok je Mummy dengan Fina masak. But yea Cuyya ambil resepinya.

Bawang merah
Bawang putih
Halia
Bunga cengkih
Bunga lawang
Kayu manis
Daging yang dah gaul dengan kicap

Haa ni je yang Cuyya sempat salin sebab Cuyya dah tak tahan sebab pening masa tu, but still okay laa faham how to masak this menu. Sayur pula sama macam second day just tukar tauge je. Sedap tauu hehe. 

So yea, tu je buat masa ni Cuyya sempat belajar. Cuyya boleh je masak sebelum ni. Cuma masakan kampung Cuyya tak berapa reti. For those yang baru baru nak belajar memasak tu, kena berani mencuba ye. Hee, orang kata untung kalau dapat isteri pandai masak. Tapi niat saya belajar masak ni untuk saya sendiri nanti tak la susahkan orang kann. Suami? Lama lagi, and belum masanya nak cakap pasal kahwin ni. Belajar dulu. Aip :pp hahahahaha. 

So nanti Cuyya nak belajar menjahit pula. Cuyya reti je menjahit cuma nak tambah skill lagi. Nak tambah ilmu tu tak pernah salah and tak ada orang pun akan halang. Hee.